Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday 27 January 2014

Cuti-Cuti Tanah Ayerku- Pt 3

Sambungan Part 2.
Kami tiba di KL tengahari tu dan sebelum aku bertolak ke Perak dahulu aku dah packing siap2 beg baju untuk dibawa ke Pangkor dan ke Sg.Petani nanti. Senang nanti taklah letih cari baju. Baju kotor mandi manda di Janda Baik boleh terus dibasuh.

Tak silap rasanya menu malam tu ibu (MIL) masakkan ikan patin masak tempoyak. Punyalah sedap..hihi. Memang balik msia aku (ehem..kami kecuali fahim) gain weight tau. Mihmihmih!!

So esoknya, lepas sarapan kami terus gerak ke Pangkor. Janji ngan Kak Eline jumpa di hentian mana ntah lupa dah.. So kitorg konvoi skali. Sampai di jeti Lumut dan naik feri seterusnya naik van (taxi) sampai tepat pukul 3 petang. Babah, mama dan sedara-mara belah aku semua dah sampai. Ada yang dah nak pegi ber'snorkelling' pun.. Aku dan Kak Eline takdelah join sebab ada budak2. Kitorg gi mandi laut dan swimming pool je petang tu. Oh yes, aku sempat la gi shopping sat kat depan hotel kitorg tu berderet gerai. 

Acara hari keluarga ni adalah yang kedua diadakan. Sebelum ni arwah pakcik aku, cik Wa yang mulakan. Tapi family aku tak dapat join masa tu. Second time ni, babah dan kerjasama makcikku, cik Ram uruskan sama2. Babah incharge accomodation dan food, kebetulan manager hotel tu kawan babah so kami pun stay di Bayview Hotel, Teluk Nipah. 10 bilik hotel ditempah kalau tak silap. Kebetulan aku dan zaid balik bercuti mengejut, memang molek sangatlah kitorang attend. 

The best part malam tu ialah acara pertandingan dan penyampaian hadiah. Malam tu ada acara musical chair (kanak2 sahaja tapi aku masuk wakilkan fahim atas riba hehe) balut mumia, kopek bawang paling pantas (kategori warga emas sahaja) dan tiup belon dan pecahkan. 

-berseluar tido iols..nyaman!


Kopek bawang paling pantas dimenangi oleh siapa tau? Tu Pakcu, satu-satunya wakil lelaki. Beliau buat katering kottttt...kata beliau "ek eleh lima ulas jew..ingatkan banyak.." Hahaha!


Ni pulak acara tiup belon dan pecahkan. Kena duduk atas belon. Zaid team-up ngan cousin ku. Team dia juara paling banyak belon pecah. Tak sia-sia gain weight ye daddy? Hahaha! Mesti daddy menang sebab daddy ada supporter kuat dok sorak...

-tuu si Fahim kemahin tengok orang tiup belon. Haha!


-sebok kejar belon

Fahim pun adaaa masuk jugakk..mesti ada..baru fair. Hehe.. Acara dia ialah..

-mengutip gula-gula dan jajan sebanyak yang boleh. Dan hadiahnya ialah apa yang berjaya dikutip itu. Kikiki!! Sebenarnya Fahim tak makan pun semua yang dikutip tu. Dia sedekah je kat kezen2 dia. Huhu!

Last skali family picture of Anak Cucu dan Cicit arwah Tuk Tahir & arwah Opah Minah. Ada 2 lagi keluarga makcikku takde di sini.



The next morning, lepas bekpes ramai yang terjun kolam. Aku pun ingat nak berendam kejap je, sekali tengok pakcikku 2 orang ni main lawan berenang pulak. Hahaha! Dua2 terer berenang, ni mesti kecik2 dulu selalu mandi sungai ni kat kampung, takpun main banjir hihi. Pastu diorang start buat 2 team nak main polo air pulak. Konker habis satu pool tu..bahah! Incek Zaid yang mula2 taknak join tetiba je join. Aik? Seronok punya pasal. Fahim pass kat aunty Lin jaga. 

Hujan renyai2..kami masih seronok bermain. Setengah jam kemudian aku dan zaid naik bersiap nak check out. Kami check out lebih awal kerana kami akan ke Sg. Petani pula. Ada majlis kenduri kahwin sepupu Zaid esoknya. All my in laws dah bergerak ke Sg. Petani dan diorang check in di sebuah homestay di sana. 

Dalam perjalanan, Fahim mula cranky, refused to sit in his car seat. Rupanya dia selsema. Kami beli air kelapa untuk dia minum. Sempat juga singgah di simpang Changkat Jering dan Taiping beli cempedak goreng. Kecik2 dulu aku slalu singgah situ, memang famous ngan cempedak goreng. Pukul 5 petang kami pun sampai di homestay. Incek husben dah start demam akibat main air dalam hujan. Poor him!

Esoknya kami ke kenduri sepupu Zaid..

-only one thing about the kenduri.. The food was delicious! 

Lepas kenduri, kami singgah menapau bihun sup utara dan mee goreng. Perghh, sedap tau. Bihun sup dia ada perut lagi. My fav! Mee goreng dia pulak ada daging lembut yang diambil dari periuk sup gamaknya. Aihh meleleh ayaq lioq aihh! Pakcik Zaid dari Teluk Intan pulak bawak banyak durian jadi kami kenduri durian lagi. Rezeki alhamdulillah. 

-nyummeh!

notakontot: gambar ehsan blog maksu Zaid. More stories and pictures of us in Sg. Petani you can read here http://rinnamanja.blogspot.co.uk/2013/12/walimatul-urus-yusra-dan-hafifi-sg.html

Esoknya kami check out dan bertolak balik ke KL. Tapi sebelum tu singgah sekejap di R&R Tapah beli kuah rojak Mak Bee yang sedap tahap dewa tu. Dalam perjalanan lagi aku dan zaid kemahin menyicah jambu air ngan kuah rojak tu. Nyums..Sampai di Teluk Intan kami ziarah sekejap atuk Zaid di kampung. Fahim dah start demam masa ni. Ini adalah kali kedua Fahim demam selama umur dia 21 bulan. Di rumah pakcik dan makcik Zaid pulak, aku lumurkan badan Fahim dengan air asam jawa untuk turunkan suhu badan yang panas. Pastu suapkan dia bubur nasi McDonalds yang ditapau tadi. Alhamdulillah Fahim mau makan sampai licin bubur tu. Lepas makan malam, kami pun bertolak balik ke KL.

Kami berehat sehari di KL sebelum kami ke Port Dickson untuk cuti-cuti seterusnya bersama keluarga Zaid pulak. Berehat sehari di Keramat dapatlah Fahim dan daddy recover dari demam dan selsema diorang. Malangnya, mommy pulak dah mula rasa tak sedap badan..oh dear!!!! 

Walaupun tahap kesihatan merosot dek deman dan selsema namun kami bertiga tetap tak patah semangat untuk terus join aktiviti cuti-cuti Malaysia ni. Kata Zaid this is what we paid for..balik Malaysia pun 3 tahun sekali. Memanglah nak jalan-jalan..kalau nak stay je kat rumah baik duduk kat UK memang tengah musim semua hibernate jadik beruang kutub. Hahaha!! Yes,kitorang nak Fahim membesar dengan jiwa 'traveller' dan fit macam anak mat saleh. Diorang baby2 lagi dah didukung parents dalam rucksack carrier pegi mount climbing. Gitew..Insyallah..

So how was the PD holiday then? In my next cuti-cuti tanah ayerku..tunggu....













2 comments:

Mijoe said...

awal2 bace entry ni dah telan air liur bila terbaca ikan patin masak temfoyarks itu...meleleh air liur lagi, padahal tengahari tadi dah lunch lauk tu..

kuah rojak mak bee mak sea tuh pun mmg favorite ramai manusia kan? aunty malin pun mmg selalu usha benda tu kalau ke utara.

Mrs.NZ said...

Haha!! Mmg mengancam lauk tu..lg lama dipanaskan lg pehh terangkat. Amboi lunch...kemahin..

Rojak mak bee dah masuk bekas terakhir. Sedap tau cicah ngn honeydew pengganti jambu air. Aunty malin leh geng ngn mommy.