Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday 27 January 2014

Cuti-Cuti Tanah Ayerku-PT 4.Finale.

Sambungan Part 3.
Kami ke Port Dickson, N9 pulak untuk destinasi cuti-cuti tanah air kali ni. Percutian kali ni bersama family Zaid, paksu sekeluarga dan Mak Ngah. Kami menginap di Seri Bulan, Ancasa Apartment selama 3H2M. Tempat penginapan berhadapan dengan pantai dan terdapat kolam renang jugak.

Hari bertolak ke PD kepala aku dah 'weng' dah sebab selsema. Sampai je kat PD, bila budak2 dan mak bapak budak turun mandi manda di pool dan pantai, aku dah melepek tido kat bilik ngan Fahim sebab badan dah seram sejuk nak demam. Tak banyak yang dapat aku tolong Angah masak kali ni sebab keadaan aku yang gitu. Jadi hari pertama di PD aktiviti aku lebih terarah kepada 'menyihatkan tubuh badan' kembali. Sobss.. Namun begitu, lauk kari dan cheese cake angah tetap mabeles. Masak sorang-sorang pun mantop!

Hari kedua kesihatan dah semakin baik. Demam dah kebah selsema masih bersisa tapi no hal. Pagi-pagi dengan semangatnya menolong kak yong dan angah buat bekpes. Seusai solat subuh tadi incek zaid dengan semangat waja turun berjogging di pantai. Siap bawak kasut jogging tuu..ibu dan mak ngah pun turun ambil udara pagi tepi pantai.

-Paksu, ibu dan mak ngah..Peace yaw ye, ibu?

Nasi lemak, roti cicah kari semalam, sandwich antara juadah mengisi perut-perut yang lapar. Lepas bekpes aku pun bersemangat nak bawak Fahim mandi laut. Siap bawak sand bucket and spade dia masa beli kat Pangkor aritu, konon nak buat sandcastle. Seronok layan budak-budak nolong mak ngah diorang buat 'sand masjid'. Fahim biasalah..kalau main air laut memang cuak-cuak sikit. Masa jalan menuju ke pantai dari apartment tadi, mommy nampak orang main jet ski. Mommy cakap kat daddy, dari dulu teringin beno nak naik jet ski. Zaman dulu pernah tanya harga nak naik masa tu baru RM40. Sekarang ntah berapa lah..

Tak lama lepas tu, daddy Fahim dari kejauhan mommy nampak sedang berbicara sama brader jet ski. Tetibo yo dah naek jet ski ngan paksu. Aik? Tak perasan mommy daddy ada bawak duit ke? Hahahamboi!!! Paksu yang bawak. Agaknya paksu feeling2 macam bawak jet masa air force dulu kot..hihi! Lepas 15 minit, diorang balik ke pantai, paksu turun, daddy gamit mommy. Ahhh sudah! Biar betik? Mommy pun mintak mak long Fahim tengok2 kan Fahim sekejap while mommy went off vroom vroom naik jet ski ngan daddy. Yeay!! Seronoknya membelah lautan, mendesir angin di telinga, mencecah kaki di lautan dalam. Cewah...dream come true lah konon.

notakontot: gambau takde pada aku. Kalau ada nanti aku share..fefeeling awie ngan erra naik moto kunun.

Lepas lunch, petang tu masing-masing ada agenda sendiri. Kak yong sefamily gi main go kart. Angah anak beranak, paksu, maksu dan mak ngah shopping2 kat Teluk Kemang. Aku, Zaid, ibu dan Fahim lepak je kat apartment. Fahim sedap lak tido tengahari tu, penat kot mandi laut. Hajat nak jugak keluar tapi elok je pasang nawaitu..hujan turun mencurah-curah. Hujan berhenti jugak akhirnya lewat petang tu..kitorang rasa happy sebab plan nak ber'BBQ' kat luar. Alhamdulillah cuaca elok je malam tu. Orang yang ter'over' happy malam tu semestinya Fahim Zidane. Punya la seronok dia bebas berlari. Mommy la yang berpeluh2 mengejar dia. Seronok jugak dia begitu, kurang-kurang berbotol jugak air masak dia minum. Maklumlah, budak tu dah baik dari demam.. :) Kak yong dan abg long bawak peralatan untuk bbq, angah dah marinate segala seafood dari KL lagi. Nasi goreng jugak digoreng petang tadi. Sedap sungguh melayan makanan disambut angin sepoi-sepoi bahasa. Gituuu..

Keesokannya aku dan zaid bawak Fahim mandi swimming pool. Fahim pakai swimming suit abg Umar kecik2 dulu, mak ngah Fahim hadiahkan. Awhh..tq Angah. Kat pool Fahim pun perasan dia tu adik abg Umar sebab Umar pun pakai swimming suit yang sama kepunyaan abg Ahmad dia dulu. Haha!!

-kurus anak mommy sebab demam

Tengahari tu selepas check out, sempat kami semua ber'kemhoring' ramai-ramai. Aktiviti wajib. 




-nenekkkk!!!!

-Nenek dan cucu-cucunya..

Selepas tu kami singgah di Teluk Kemang untuk shopping lagi. Heh!! Ada ole-ole baek punya daddy beli untuk Fahim. Apa dia kena tunggu next entry..hehe!! Sampai di Kajang kami ke restoran Haji Sahmuri pekena sate. Even orang cakap sate Haji Sahmuri tak berapa best dah, atau ada yang lagi best, tapi pada aku sate Haji Sahmuri ni macam memori gitu. Dan sate yang aku gemar cuma sate perut dan daging. Yang sedapnya ialah tang kuah kacang Haji Sahmuri tu. Manis..tak macam setengah kuah kacang pedas dan berempah bukan kegemaran aku. Kalau nak cicah sate dia kena letak sikit je sambal dia. Kalau banyak tak best. Hari tu jugak first time rasa sate ikan. Sedap jugak.

-itu diaaa sate perut di meja kami..sebab hanya kami penggemar tegar sate perut. Miahaha!

Kami singgah maghrib di rumah paksu dan maksu di Cheras sebelum pulang ke Keramat. Tamatlah sudah edisi Cuti Cuti Malaysia 2013.

                                 

                                             ***************************************


Sabtu terakhir kami di Malaysia, kakYong dan Abg long treat kami sekeluarga makan tengahari di gerai Asam Pedas Komando namo eh. Kami pekena asam pedas ikan pari, daging tetel dan ikan tenggiri kot tak silap. Memang best! Thank you kak yong belanja makan tengahari. 

-the lauk pauk

Lepas makan asam pedas, aku ke Bangi rumah pakcik dan makcikku. Dijamu minum petang pulak dengan kopok lekor, kuih muih paling rare..tempe stick. hehe..first time makan! Pakcik dan makcikku ini yang perkenalkan aku dan zaid dengan sahabat lama mereka di Leeds, Ustaz Daud Norakit dan Kak Midah, yang sudah berbelas tahun menetap di Leeds.

Ahad tu pulak, aku ke Sg. Buloh ke rumah kakakku si Cikgu Eline. Parents aku dah sampai dari Ipoh sebab nak hantar aku ke KLIA lusa tu. Aku ke rumah dia untuk sesi masak memasak dan makan tengahari. Mak aku bawak segala barang2 yang dipesan termasuklah taucu dekat 2 kilo botolnya. Stok setahun katakan..

Sayu pulak bila nak beransur balik ke Keramat petang tu. Menyedari itulah sesi makan-makan terakhir aku dengan family ku..sebelum kami berangkat pulang ke hujan emas di negeri orang.....





Coming soon: The story of Mini Beemer; Fahim Zidane's official sponsored for Edisi Cuti-Cuti Malaysia 2013. Siapakah penajanya? Tunggu......!













5 comments:

Nadine said...

seronoknya, mmg holiday well spent ni :)

I 100% agree with you ninie, although org ckp satay hj samuri dh tak sedap to me kuah kacang dia la yg plg top. mmg win!! sampai skang pi kajang mmg ke sana :)

Mrs.NZ said...

Nadine,

Betul kan? Maknanya bukan i je pikir gitu. Hihi. Yelah sekali sekala je dpt balik tu yg teringin tu. Mmg kuah kacang dia nyumss!

Mrs.NZ said...

Bilal157,

Tq for visiting. Insyallah will visit ur web too.

Mijoe said...

berapa sen kena bayar nak naik jet ski tuh? few years back kat penang rm75 utk 30 minit...tu pun dah rasa mahal...skrg ni macam lagi mahal je... :p

(feeling awie ngan erra yang tak leh tahan tuhhh..he he!)

satay ikan memang layan la...kena makan time panas laaaaagi layan!

Mrs.NZ said...

Mijoe,

Kalau xsilap dengar zaid ckp rm100 for 20 mins. Mahal kan?

(Harus fefeeling sembiloo...)

Sate ikan should be in the list nx time. :)