Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, 7 April 2014

London Trip & Pre-Birthday Present For Fahim Zidane



Assalamualaikum, our little caliph has just turned 2 years old on Friday 04/04/14. Alhamdulillah,syukur pada Allah S.W.T kerana terus diberikan kesihatan yang baik, kecerdikan dan penyejuk mata ayahanda bonda kepada si kecil. 

Weekend sebelum birthday dia, kami ke London secara tidak dirancang. Unplanned gitu..sebabnya ada kawan baik yang sedang honeymoon di Paris tetiba singgah London. Puan Nafizah itu ex-schoolmate aku dan juga ex-classmate Zaid di BMI dulu. Dan juga kerana beliaulah saye jumpe suami saye..jumpa jodoh gitu. Hiks!!

Patutnya mmg nak ke London pun minggu tu, rezeki lah dpt jumpa Nafizah & suami beliau Apek (Hafiz). Maklumla wedding dia xsempat pergi. Dahlah dia pengapit aku dulu..nasib baik balik mesia aritu sempat titipkan wedding gift. Kitorang jumpa tu hari Sabtu, memang waktu dinner so ajak jumpa kat Makan cafe di Portobello Rd. Diorang baru je sampai dari Paris petang tu, so mungkin kelaparan masakan melayu (padahal sendiri yang mengidam). Kitorang order koew teow seafood dan sate. 

-bergambar sebelum menghantar diorang ke tube station di belakang tu. Babai! Next time singgah B&B kami pulak noo..

Selepas itu, kami terus menuju ke B&B Ishamizu. Sebelum bertolak ke London aku dah watsap kak Izu nak bermalam di rumah dia. Maklumlah ad-hoc plan camni xsempat nak book hotel, lagipun diorang dah singgah rumah kami 2x..berbalas-balas gitu. Hewhew..tapi dah pesan jangan kalut2..mau tumpang bermalam saje. Tapi biasalah...dah jumpa tu,supper lah konon..sekali boraknya dekat pukul 1 pagi. Fahim pun surrender tido depan tv. Seronok jumpa sekali sekala..macam2 topik. Memang lena kitorg tido. Cosy & comfy biliknya. Terima kasih sangat2 sudi terima guests yg tak booking dulu ni. Hahaha!!! Kalau datang West Yorkshire meh tido sini pulak ye.

-kawan-kawan Fahim yang comel..

Kitorang bertolak dari umah kak Izu pukul 10 pagi dan terus menuju ke Bekonscot Village di Buckinghampshire. Tiba di sana dalam jam 11 pagi camtu jadi cuaca sangat cantik, sunny dan tak windy. Parking free di Church parking depan Bekonscot tu. Admission fee untuk adult £9.50 dan Free for kids under 2. Kat sini mostly attraction places under 2 is free admission. Maka bawaklah anak anda gi tempat gini sblm kena bayar.

So inilah pre-bday present untuk Fahim. Beliau terasa seperti di dalam dunia sendiri sebab model2 rumah dan miniature semua cinonet2 size je.





-gedik2 dah tu nak manjat masuk situ sebab buaian tu boleh bergerak.

-inilah view Bekonscot Village @ Model Village ni. Paling teruja bila ada train kecik lalu dalam garden ni. Sumpah cute tempat camni.

Kat luar garden ni pulak ada mini train track untuk bawak parents dan anak2 pusing2. 
-nak naik bayar £1pp. Under 2 free. Oh yes,semua bayaran nak masuk sini akan diorang donate ke badan charity.

Pukul 12 cuaca dan mendung dan windy. Nasib baik sampai awal. Parking pun dah penuh. Kat dalam tu juga ada playground. Dah puas main baru ajak budak ni balik. Apelagi melalak tamau balik. Sabo jelah..kitorang drive sampai di Bradford dalam pukul 6 ptg. Penat tak hengat..but it was truly fun!











4 comments:

ishamizu said...

Happy bday Fahiem! Bestnya pre bday trEat dia..aunty pon teruja tgk..:D hanks for coming dear! Hihi

Masitah Abdullah said...

happy birthday fahim =) bestnye pergi jalan2 =)

Norma NML said...

Happy belated befday Fahim..cantiknya replika tu..

Ninie Hanis said...

Norma NML,

Tqvm..aah kita yg besar ni pun kemain hepi tgk model2 rumah dan train ni..