Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Saturday 21 August 2010

Al-Fatihah...

Rabu sekitar 10 malam,aku mendapat message dari malaysia.Daripada babahku,khabarkan pakcikku di Parit, Cik Wa (Termizi Izi) sudah kembali ke rahmatullah.Arwah adik kepada ayahku.Bagi diriku,keluarga dan sepupu-sepupuku,Cik Wa lah pakcik paling sporting,kelakar dan cool.Innalillahiwainnaillahirojiun...terkejut mendengar berita lantas aku telefon babah di kampung.Katanya Cik Wa muntah2 lepas berbuka puasa,sehari sebelum tu dia demam.Doktor sahkan serangan jantung. :( Al-Fatihah..

Teringat kali terakhir dia komen di facebook ku.Sedih aku tak dapat balik untuk melihat arwah buat kali terakhir.Alhamdulillah aku sempat juga berbual dengan arwah (kebetulan dia dtg rumah)masa telefon mak aku di kampung 4 bulan lepas.Sempat juga aku singgah rumah dia dengan zaid sebelum berangkat ke UK.Maklumlah,arwah berjasa besar ketika majlis kenduri kahwinku.Arwah sedekahkan aqiqah kambing anak-anaknya untuk dibuat lauk-pauk majlis (kenduri aku tak pakai katering,tapi masak sendiri).Arwah juga yang 'liaise' part budak2 penanggah time majlis aku yang dibawa khas dari Parit.Memang bagus sangat budak2 tu,berjalan lancar saje majlis aku.Hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi baiknya.


~Arwah (yang sedang menutup muka) semasa majlis pernikahan aku dan zaid.

~Arwah (memakai spek hitam) ketika organize Family Day baru-baru ini.Sayang kami tak dapat turut serta.. :(

P/s Gambar dari facebook beliau.

Pemergiannya di hari ke-8 umat Islam berpuasa.Semoga pemergiannya diberkati di bulan Ramadhan ini dan semoga arwah tenang bersemadi di samping orang-orang yang beriman.Ameen..

7 comments:

Effa Akmal said...

al-fatihah.semoga arwah tenang disana... :(

Mrs.NZ said...

ralat betul tak dpt balik..tp apakan daya.hanya mendoakan saje dari sini.

Rinna said...

Al-Fatihah Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan org2 yang soleh.. amin

ciknoqa said...

al-fatihah..ingat lagi Cik Wa adik ayah hang..arwah paling sibuk jugak urus masa ari kenduri hang..sakit jantung yer..sabar la acik..dh nk buat mcm mana..dah jauh susah nak balik..kita doakan untuk arwah di sana ok..

Mrs.NZ said...

Maksu'

terima kasih kerana mendoakan..

Jaja'

tulah,aku pun rasa hg kenal pakcik aku tu sbb hg pun ada sama tolong masa majlis aku tu kan.terima kasih juga kerana mendoakan.

eline hamdan said...

sedih sgt tau sbb tgk apa yg cikwa tinggalkan. bj raya depa the whole family dah siap sedondon purple.. menangis chemah tunjuk bj2 tu. then, br2 ni chemah jumpa dlm hp cikwa, dia rakam suara dia nyanyi lg 'salam terakhir-sudirman' full satu lagu. syahdu tgk zarif especially.. btw, smat berbuka..

Mrs.NZ said...

eline,

yeke?alahai..simpatinya.tak sangka jugak dia macam dah dapat rasa pemergian dia sbb tu dia nyanyi lagu tu.aku dapat ckp dgn chemah last 2 weeks.cepat betul dia pergi kan.. :p kita doakan semoga arwah tenang di sana.

selamat berbuka juge.