Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, 25 February 2011

Majlis Tahlil di Stafford

Terkejut mendapat invitation di fb, bukan tak pernah dapat invitation majlis,tapi majlis kali ni MAJLIS TAHLIL & BACAAN YASIN. Rupa-rupanya sorang student kat sini Taqiyuddin, bapanya dah meninggal dunia last week. Innalillahiwainnailaihirojiun.. :(

Dengar ceritanya, arwah meninggal kerana sakit kanser. Taqi juga sempat menjenguk arwah bapanya Disember lepas. Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah untuk allahyarham.

Taqiyuddin yang berbaju merah
Muslimah yang hadir :D

Malam tadi majlis start pukul 8.30,habis baca yasin dalam kul 9 lebih. Terus budak2 pompuan konker meja makan dulu. Adehh..sedap pulak macam-macam ada.Tak macam kenduri tahlil kat Msia,siap ada nasi air Najwa, tiramisu budak rumah Tillington Street, ayam goreng al-Karim sumbangan budak2 junior..

Muslimah gembira dapat makan dulu :p
Ayam goreng al-Karim, marbeles!!!

Apapun, aku tetap rasa Taqi seorang yang sangat tabah,sebab.. di saat-saat pemergian ayahnya, dia berada di bumi asing ni. Nak balik bukan senang kan. Syukurlah kalau korang berada dekat dengan keluarga.Takziah daripada kami untuk Taqi dan keluarga.

2 comments:

ishamizu said...

Takziah utk kawan Ninie tu..tabah betul dia,,klu akk tatau la..:(

Ninie Hanis said...

ishamizu,

kalau saya pun taktau nak ckp cane..semoga Allah panjangkan umur kita dan keluarga bila berjauhan camni.