Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, 24 June 2011

25 Things About Me

Aku tetiba teringat yang aku perlu balas 'tag' tentang fakta diri aku selepas cik 'Fatt' buat entry ni dulu..Lama gile baru nak menjawab.

Apa ek?Baca jelah yek..Fakta bukan auta tau.. ;)



Task :

Once you've been tagged, you're supposed to write about 25 random things, fact, habit or goal about you. At the end choose 25 people to be tagged.

Ready! One...Two...Three....


1. Aku ada pe'el yang mana suka bau/hidu kertas atau buku sebelum membaca. Dulu kat exam hall benda tu wajib aku buat sebelum menjawab soalan. Kalau beli novel baru lagi melampau-lampau pe'el aku tu.

2. Masa aku kecik2 Cokelat Nini Celup-Celup sangat sinonim dengan diri aku (asal nak ejek aku je diorang nyanyi lagu tuh..grrr).

3. Bercita-cita nak jadi peguam, tapi tak kesampaian..(tak terpilih ke jurusan undeng-undeng, dapat course lain).

4. Seorang debater di zaman persekolahan, kerap wakil sekolah ke pertandingan debat, pidato dan syarahan. So that explains why I wanted to be a lawyer.

5. Majalah Rasa edisi Ramadhan 2008 adalah satu-satunya buku yang aku bawa ke UK.

6. Pertama kali rasa snow apabila pertama kali jejak kaki di UK (hari sampai tu snow turun dengan lebatnya).

7. Mula belajar berdikari ketika umur belum cecah 18 tahun (tunggu result SPM). Time tu keje kat Intel macam2 branch Kulim, Penang dan Sg. Petani, juga dah tinggal menyewa dengan kawan-kawan.

8. Sangat menyampah dan tak 'in' dengan kaler kuning. Taktau macam mana Allah bukakan hati masa kawen pakai baju kuning gold. Haha!

9. Feberet tempat dating di kala bujangan dulu ialah gerai mee goreng kerang Keramat. Lebih rela pegi situ daripada pi KLCC. Kali terakhir pegi gerai tu Januari lepas masa balik Mesia dan pakcik tu masih mengenali kami.

10. Sedang usaha menaikkan berat badan. Yes,put on weight!

11. Dalam banyak-banyak cabang seni (art & craft), aku takde passion langsung dalam menjahit.

12. Bila makan, cuma pilih ayam yang part ada tulang. Boneless atau dada tak best.

13. Business pertama yang pernah diusahakan ialah 'car rental' masa di UIA walaupun illegal.

14. Binatang yang paling ditakuti ialah lipas terbang dan cicak. Binatang yang paling disayangi kucing. Cuba menyukai ikan sebagai alternative untuk pet, namun tidak berjaya. Cinta mana boleh dipaksa-paksa.

15. Aktiviti traveling secara backpacker pertama ialah ke Pulau Pangkor. Masa tu umur 23 tahun tak silap. Gamble aje beli tiket bas kat Pudu dan main aci redah je. Time tu tak heran pon nak amik gambar wat kenangan.

16. Pengalaman traveling paling pahit ialah ketika aku dan zaid pening2 dan muntah teruk selepas turun dari mendaki Jungfrau Mt, Swiss (top of europe). Aku syak kekurangan oksigen dalam otak sebab tempat tu tinggi (ok tak teori?)

17. Pertama kali mandi air sejuk sejak duduk UK ialah ketika pergi Paris (2009), sebab panas sangat time tu summer. Kalau tidak kat UK masih mandi hot shower.

18. Pernah hampir-hampir lemas kat air terjun. Sejak tu ada fobia sikit walaupun tahu berenang.

19. Ada dua cita-cita yang ingin direalisasikan. Pertama, ada business sendiri. Kedua, ada lesen scuba diving.

20. Hanya tahu memandu setelah ada lesen 'full'. Jadi keta tak pernah lekat sticker 'P'.

21. Tak fasih berbahasa Cina walaupun dulu sekolah jenis kebangsaan cina.

22. Pernah sekali tak ada juadah nak berbuka puasa di matrik dulu. Datang ke masjid pukul 6.30 petang rupa-rupanya semua nasi dah habis diagihkan. So aku dan roomate cuma berbuka dengan meggi.

23. Menu lazim yang akan aku order kat gerai ialah Nasi Goreng Sotong dengan teh O ais.

24. Eventho incek zaid is a Man Utd die-hard-fan but, actually I was supporting Liverpool since 1997. Tahun tu mula meminati arena bola sepak, belek majalah bola, EPL dan pemain yang aku sukaaaaaaa sangat masa tu Stan Collymore, David James dan Micheal Owen.

25. Juga memakai jam di tangan kanan. High 5 Fatt!



Tulah dia fakta tentang diri aku. Nak kena tag 25 orang ke?Gile banyak..hihi takpelah sape rajin macam aku ni buat lah ye.

21 comments:

mashitah said...

no 1, 4, 12, 25 sama ngn eta. heheh..ninie nk gain weght ngn herbalife bgtau ye

Ninie Hanis said...

eta,

oyeke?apa kata ata buat gak 25 facts about u.hihi..insyallah kalau nk consume nanti ninie roger eta. :)

mashitah said...

a'ah, x sagke plak same kn, dh la dua2 ank bogu. hehe, tp eta debate melayu la. ok2 nk try kumpul fakta dulu. kikiki

Mijoe said...

dimanakah lokasi 9 itu wahai Puan Ninie? ce citer... kasi latitude & longitude lagi cun.. :)

gua bakal terjahi...he he..sebab suka kerang!

Mijoe said...
This comment has been removed by the author.
Ninie Hanis said...

eta,

sama jugak,cuma sekali je debate parliamentary,yg lain2 sume bahasa melayu.part paling best ketuk2 meja kan?hihi



mijoe,

lokasinya dekat petronas depan kilang texas tu je.kan ada gerai2 situ.pegi waktu malam cari abang yang gemuk (tukang masaknya).gerai dia depan 7 Eleven.yg sedap jugak sebelah gerai dia brother jual roti john.Good luck!

Ciknoqa Yusof said...

hahahhaa..nini celup2..sampai skg la aku rasa dh sinonim dengan hang..tgk anak buah aku makan tingat kat hang..tgk anak murid aku dok makan benda tu tingat kt hg hihihi..bagus jugak la trademark tu so bayang2 hg kt mana2 sj ;)

Mijoe said...

time kaceh Ninie!

kalau dah diterjah, akan ku update di belogku..tepek gambar cun punya kasi orang Stafford teliuq... :p

Ninie Hanis said...

noqa,

yeke..rindu ai yek.asik teringat je eh.hihi.mmg la sinonim beb,kecik2 dah sebati dah abg2 n kakak aku nyanyi lagu tu kat aku.huh! but honestly,aku suka cokelat nini celup2 tu,perisa kacang plg best.



mijoe,

wah wah..bakar line nampak! hihi.. :)

ishamizu said...

Nk gain weight? org lg nk lose kn weight..hihihi..tk capai lg ideal weight eh? akk tgk ur weight skrg ni cun apa..:)

Ninie Hanis said...

ishamizu,

nak kena gain weight la.nak dapatkan berat ideal.hihi.alah,akak lagi hebat,anak 3 pun badan maintain slim lagi.tgh pantang aritu pun gojes okay. ;)

Effa Akmal said...

kak ninie,

hey.hey. no.14 same goes like me lahh.. paling x suke cicak la.
- lembik, dan x pakai underwear.
*selalu bg alasan nie bile org tanye knpe x suke cicak.hahahhahaha.......

but, kne ckp juge cicak sgt menggelikan oke. sile bawa ia pergi jauh² dari hidup saye.

Ninie Hanis said...

effa,

cicak mmg jahat.benci.pernah sampai takleh nak mandi sbb cicak kt atap bilik mandi.pastu tido katil double decker kat dorm uia pun trauma je sbb katil atas dekat ngan siling.eeee..geli..

S.H.I.K.I.N said...

aku pun pakai jam tangan kanan juga..:D

Ninie Hanis said...

shikin,

yeke?rasa best kan..kiki

Frau Azmir said...

bab cicak ni mmg kita serupa la.. akak pun penah sampai x mandi sebab ade cicak dlm bilik air hehe.. dok oversea ni sonok kan, x de cicak dah hehe.

Ninie Hanis said...

Frau Azmir,

geli kan..hodoh pulak tu rupenya..dulu suka suh babah saya lastikkan pastu kucing saya tunggu kat bawah.padan muka!

tula,kat sini cicak takde,semut dan lalat pun takde.so peaceful.haha!

fatt said...

aku ingt lg time skola rendah dulu bebudak tu suke ejek ko nama tu..ekeke. kenangan ye. eh si amir azuwan tu aku jumpe dlm fb, dah kawin pun dan mcm belon yg ditiup2 (ops!)

no. 18. even though ko ada fobia pd air tp jgn lupe ye, ko la org pertama yg ajau aku swimming. ahaks :)

no. 25. yup...we're supposed, supposed to be kidal. i wish i'm kidal. fatt kidal. sbb aku rasa org yg kidal ni menarik dan sexy. boleh? hahaha :D

Ninie Hanis said...

fatt,

haa tula pasal.ko saksi kan?rasa nak tempeleng je time tu.Amir yg putih2 tu ye?Jumpa plak ko lam fesbuk.

heh,ingat lagi eh kita slalu swim kat uia.tah hapelah aku ajar ko.tapi mmg fun sungguh.masa tu kena pakai swim suit tapi sbb mahal yg full body punya aku belasah je swimming suit dgn tight.janji lepas.

err..okeyyyy!kidal seksi.Man Kidal pun seksi la eh?ehhh! :p
aku start pakai dr form 1 kot,sbb tgk ziana zain pakai jam tgn kanan kat dalam mangga (opps kantoi).

fatt said...

motippp ko tiru ahkak ziana zeng??? bwahahaha~ terburai aku gelak :D

Ninie Hanis said...

fatt,

ZZ memang idola aku dulu2 ;) biasalah zaman berhingus.wakaka!