Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday 2 June 2011

House Warming Party

Ada ke yang menunggu aku update belog ni? Kalau ada maaflah lama aku biarkan belog ni sepi. Aku taktau nak tulis apa,walaupun sebenarnya berjuta kali hati aku terpanggil untuk menulis. Tak tau mana pegi semangat menulis aku. Kena kutip balik mood-mood yang hilang ni, kot-kot tercicir kat celah-celah pintu.



Since pindah rumah baru, ada la 2, 3 orang sudi datang rumah aku. Jumaat lepas ada la beberapa warga Stafford dan Manchester datang ke rumah. Saja buat house warming party,tapi sebenarnya ada agenda lain jugak. Si Afifah yang stay di Manchester tu plan dengan aku nak celebrate birthday si Shieela ni. And she requested me to bake a cake for shieela. Well,i did bake a cake tapi yang simple je from my previous Marble Chocolate Cheese Cake recipe. Sorry tak sempat nak deco-deco dengan melting chocolate pun.



Jom layan gambau..

first time Shida dan Fifah datang rumah aku ni. Yang sebelah tu kerap dah :p


Shieela,bakat babysitter terpendam,tengok diam je Aqeef minum susu :D

Dalina dan Jerul, dulu 10 saat dah sampai rumah,sekarang berpeluh jalan kaki eh.Hehe.


Dulu aku berjiran dengan Dalina, sekarang dengan Iza pulak. Iza & Min pasangan suami isteri yang satu-satunya dah ada baby kat sini. Tapi hari tu Min tak datang,yang datang Iza dengan adiknya, Joe dan baby aqeef. Tapi diorang balik awal, tak sempat you rasa kek I Iza. Hehe..

SURPRISE!!!




comel tak cake tu?siap ada bird nest lagi..haha

suka dia dpt hadiah dr dalina & jerul ;)



Aku berpakat dengan dalina,suruh dalina ajak shieela lepak kat atas. Sementara tu kitorang kat bawah siap-siap pasang birthday banner dan kek. Kira habih surprise la tu..Hahaha!





Thanks for coming everyone..warga stafford lain kalau sudi datang halo-halo lah kitorang ye.

11 comments:

Fatt said...

kannn...terselit celah pintu kot mood ko ni beb. hahaha :D

aiseh dah ramai org dtg umah ko..tak bleh jadi ni. aku kene make sure aku dtg jgk next year.

hik hik hik (gelak mengada jap)..tadi kan, dia email aku. kan aku ckp dgn ko aritu yg aku plan nak cycle around germany..so tadi dia ckp nak cycle sama2 dgn aku..wah hati berbunga la ape lagi. beskal sume ditanggung bereh..so aku plan nak dtg time summer yg membawak ke autumn. so nanti aku plan elok2 dulu then bila dah confirm aku bgtau ko.

erm, aku rasa hidup ni kembali ceria lak sejak jumpa dia. who knows..2 strangers who meet each other in a strange land. mmg movie abis.

but too early to conclude everything about this relationship but we'll see the progress <3

Mrs.NZ said...

fatt,

someone in Lalaland now..hehe.Takpe,plan cantek2 nanti kayuh tu jgn lupa singgah Stafford.Aku bagi servis b&b tip top punya kat ko dan si dia. ;)

Fatt said...

lalaland eh? tahle..tp email dia harini mmg best. dah 3-4 kali aku baca pastu kernyih sorang2.

cuma sygnya dia ni takde pesbuk. ko nak tau apa komeng psl pesbuk? dia ckp takmo any information psl dia dalam internet. peh mcm CIA dah aku rasa dia ni. ke entah2 dia ni ahli perisik Nazi? oh no...

haniza said...

a'a lama betui k.ninie xupdate belog... tertunggu2 juge.. ;)

Mrs.NZ said...

fatt,

peliknya dia takde pesbuk.tp ko ckp tak ko ada travelog?pahni mu kene tulis omputeh le bg dia paham,nak lagi kelas mu tulis german.Hahaha!

Perisik?ala-ala mr&mrs smith tu ;)



Niza,

tertunggu2 ke?sorry la,mood lari la,penat kejar.hihi

Mijoe said...

salam Ninie

den ada la jugak tunggu latest entry...he he.

cantik rumah baru ni!!! tak sia-sia berpenat lelah pindah aritu!

happy belated birthday to Shieela!

Mrs.NZ said...

mijoe,

thanks,penat tak habih lagi ni..hihi

Fatt said...

kan aku dah kabor aritu dia ni spesis misteri sikit..aku ada ckp dia aku ada travelog, pastu dia tanya aku tulih dlm bahasa ape, aku ckp dlm BM le..malas aku nak tulih dlm BI. penat nak check grammar bagai. sedangkan dlm BM pun grammar aku bersepah, nk tulis dlm BI..rentikan! haha :D

Mrs.NZ said...

fatt,

suruh dia google translate je.hahaha..pening la dia nk paham nanti..

akmar yaakub said...

grrrr....frust menonggeng tak datang hari tuh! ni la kalau masalah org pompuan tiap-tiap bulan. senggugut always came cross the precious moments!

Mrs.NZ said...

akmar,

laaa...yeke.sian dia.patutla dlm senarai guest list u tak de.cewah guest list apentah..haha.takpe2,byk masa lagi kan,nanti kita buat ajak housemate u plak. :) but make sure bukan hari dtg bulan eh..kekeke