Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, 2 September 2011

Eid Mubarak,Dari Kami Di Perantauan!

Salam Aidilfitri dari kami berdua di perantauan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog ni dan juga tentunya familyku dan zaid dan kawan-kawan semua di Malaysia. Maaf zahir & batin andai ada salah dan silap selama ni. Macam mana raya korang? Best? Kawan-kawan kat Stafford ramai dah balik Malaysia. Tinggal berapa kerat je. Huhu..seronok tengok ada yang main bunga api, buat ketupat, rendang dan ada jugak yang ehem..ehem.. nak bertunang weekend ni. Selamat bertunang lah ye kepada cik Shieela dan Afizal Adnan. Tahniah!


Tahun ni catat sejarah bila aku langsung tak wat preparation apa-apa. Sedih u olls! Nak wat cane, bau dapor pun tak koser, cane nak masak? Sian kat zaid la sebab dia yang kena masak. Tapi, alhamdulillah sib baik petang raya tu ada open house rumah Dalina & Jerul. Aku gagahkan jugak pegi sebab kesian kat zaid kang tak merasa lauk raya pulak. Jom usha cemana sambutan kitorang yang serba sederhana kat sini.



Niza (Isa's wife), gue dan puan dalina.

Dalina masak nasi beriyani, ayam masak merah (sedap!), rendang daging, lodeh dan ketupat pulut! Bestnya...

Tart nenas juga ada ya (tapi aku xmkn la), biskut raya dan cupcake choc banana walnut pun ado. Hebak sungguh!


Ya sheikh maulana dari arab..hehe..tuan rumah, Jerul.

Jemputan lain, Isa & wife, Qammil dan 3 beradik, Bob, Moha & Muiz.


Sapelah yang amik gamba ni..huhu! Time ni Kak Ros & family pun ada.


Dah balik baru teringat nak amik gambar berdua :D


Camtu jelah sambutannya. Bukan sederhana lagi, macam takde pape je..seb bek ada baju raya and open house. Tapi takpelah, yang penting sekarang ni harapnya kesihatan aku bertambah okay sebab sekarang dah week 7. Next week dah masuk 2 bulan. Tolong doakan kesihatan kami ye. :)

8 comments:

fatt said...

selamat raya ke-4 ye puan nini & encik zaid...maap zahir & batin buat kome berdua kot2 ada salah silap sepanjang kita berkawan ni.

next week masuk 2 bln dah ke..cepatnya masa berjalan, alhamdulillah. baju raya ko cantek la..jenis cekak kat pinggang ye..aku thn ni tak buat baju, aku rembat je baju mak aku...hahaha...apapun, take care, jaga kesihatan ya...wassalam :)

S.H.I.K.I.N said...

Selamat hari raya maaf zahir batin ye ninie n zaid...

Ninie Hanis said...

selamat har raya,maaf zahir batin juga.0-0 ek? :)

baju aku ni memang dah siap tempah balik msia aritu.konon dress cekak di pinggang.amek ko,dah peknen sendat dah sikit,ni last la kot pakai.tunggu pas bersalin le pulak (hrp2 boleh pakai lagi..wakaka!)

ada 2 psg lagi ntah bilanya nak pakai ntah... :p

Ninie Hanis said...

shikin,

samalah kita..semoga gumbira berhari raya di sana ye.selamat hari raya,maaf zahir batin.

Mijoe said...

salam aidilfitri

maaf zahir dan batin.

preparation raya or kuih takde or dapur tak berasap tu takpe Ninie, yang penting, rezeki yang Allah bagi tu yang paling bermakna kan? :) yang tu la top priority sekarang ni!

semoga mummy n daddy n baby sihat dan dilindungi Allah, Amin.

mijoe, wife and tetucins
kl

Tukang Campak said...

Selamat hari raya ke-7 kepadamu yang jauh di mata, saya pon soka baju cekak di pinggang (yg masih ramping) itu.

Ampun maaf segala yang ter dan juga yang sengaja (aci ke camtu ?)..

take care

Tukang Campak said...

Selamat hari raya ke-7 kepadamu yang jauh di mata, saya pon soka baju cekak di pinggang (yg masih ramping) itu.

Ampun maaf segala yang ter dan juga yang sengaja (aci ke camtu ?)..

take care

mashitah said...

same mcm eta dulu, xleh bau dapo, teringat dapo pon nk muntah