Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday 12 June 2012

Menyerlahkan kejantanan beliau..


muka sebelum kena cucuk..ngehngeh..

Hari ni anak bujangku si Fahim Zidane benar-benar buktikan yang dia anak jantan. Sebabnya, dia tak nangis pon masa kena inject tadi. Hari ni first immunisation (DTaP/IPV/Hib) for Fahim. Aku bawak dia pegi GP tengahari tadi. Dari semalam hati aku dok dup dap dup dap..boleh ke aku handle sorang-sorang ni sebab daddy takde gi keje. Pagi-pagi lagi aku dah kasik dia menyusu puas-puas, then tido cukup-cukup pagi tu. Bila dia bangun pukul 12 camtu aku mandikan dia. Now aku dah tau trick nak bagi dia calm especially nak bawak dia jalan-jalan. Mandikan dia then susukan cukup-cukup..konfem pastu lena. Hehe..

Sejam sebelum appointment tu kitorang dah siap. Dekat je GP tu dengan rumah aku. So kalau ada appointment apa-apa aku just tolak pram je jalan kaki dari rumah. Dulu masa pregnant GP aku agak jauh sebab dulu rumah lama berdekatan dengan GP yang lama. Now dah pindah dan sejak ada Fahim, health visitor pun advice aku register dekat GP yang berdekatan ni. Senang pun aku nak tolak stroller sebab dekat..nak-nak pulak bila dah ada baby ni, kena selalu gi GP nak dapatkan injection la, check berat la.

Wolverhampton Road Surgery

Aku siapkan Fahim awal sebab aku nak dia relax dan tenang. Konon persediaan dari segi mental la kan..maklumla member nak kena cucuk ini hari..padahal nak prepare mental mak dia. :p Cuaca pulak sedap je angin sepoi-sepoi so dia pun bertambah la relax. Sampai je kat GP ada 15 minit lagi sebelum giliran, Fahim mintak susu. Okay,i'll feed you baby. Whatever you want bebeh. Janji jangan teriak kuat-kuat naa..satgi mommy ketaq lutut dahla sorang2..huhu... Siap bfeed, kasik wind dulu and by the time dia dah selesa, Fahim pun dipanggil. 2 x cucuk kau.. peha kiri dan peha kanan. Sebelum kena cucuk sempat dia senyum dulu. Pastu yang first hek-hek sikit je. Second one, memang melalak kejap la. Nurse dah cakap yang second tu memang baby akan nangis kuat sikit. So masa nak cucuk tu aku distract la dia kiss banyak-banyak and hugs. Alhamdulillah sekali je melalaknya..pas aku pakaikan baju dia okay jer..kontrol macho le tew..(walaupun muka sangat tak puas hati..hahaha).

Cepat-cepat aku tolak pram taknak bagi dia mengamuk. Saja tolak pram slow-slow bagi dia enjoy angin fresh. Sampai je rumah, terus letak dia dalam swing. Kejap je dah lena..hihi. Bagus betul swing ni, senang aku nak masak ke, gi toilet ke, tulis blog ke..hihi. Harap-harap dia tak demam lah ye. Aku belum pernah handle anak demam lagi oi..gabra nak bagi ubat. Kalau reti bukak mulut suap sendiri takpe, ni baby lagi. camno lah tu.

Fahim sekarang dah 9 weeks. Masa umo dia 7 weeks kami ambik video ni. Fahim boleh meniarapkan badan dia kalau kitorang baringkan dia mengiring. Pastu dia akan berpusing-pusing..bajet dia dah jalan jauh la tu padahal kat situ jugek..kuikui..

nota: video ini diambil dengan pemantauan parents fahim.

Apapun, kamu benar-benar buat mommy bangga sayang. Hari-hari ada benda baru belajar. :)




p/s oh sila abaikan suara tukang sorak yang annoying itew... :p

15 comments:

Unknown said...

Ninie,

Kalau lepas inject petua orang tua dia akan sapu bawang merah kat peha bb tu. tak pun ninie gentel pelan2 kat tempat cucuk tu nak kasi vaksin berjalan. kalau tak nanti bengkak kat tmpt tu. lagi satu tuam kat tempat inject.

kalau kat malaysia dulu doc akan kasi siap2 ubat demam dan minta kita kasi ubat tu awal2 takut anak demam kan. kan nanti dah demam susah nak kebah.

Mrs.NZ said...

Mami Little Hero,

alhamdulillah hari ni Fahim tak demam pun.thank you for the petua.memang selalu harap ada bloggermomma yg sudi bagi tips2 camni.insyallah next injection i know what to do :)

ubat demam nurse kata boleh beli je kat farmasi.tapi dia tak galakkan mkn awal2.hanya mkn selepas temp baby naik.dia cuma suruh lap2 badan baby.nasib baik tak demam..kalo tak huhu..haru!

Nadine said...

lama x singgah sini. dah besar sket dah si comel ni :) mmg hero lah fahim! kiss! :)

Mrs.NZ said...

Nadine,

aah.kita pun bz skrg.kalo singgah blog akak macam marathon je baca sbb ketinggalan.hehe..

Fahim: kiss you back! ;)

Tukang Campak said...

Wow macho man in da haus. bestnya g spital main tolak pram jek. Mommy ninie dah terer dah tu, sure ok punya.

Btul apa nurse tu ckp, klu boleh awal2 ni x yah mkn ubat lagi. Ni bkn nk tunjuk pndai, just petua bab nk bg ubat sbb klu trauma masa awal2, konpem t'bawak2 sampai besar. Klu boleh jgn picit pipi nak bagi mulut bukak, nanti automatic baby jd defensive. Letak syringe tepi mulut not tgh2 mulut tkut nanti ubat terus ke tekak mudah tersedak. Plus mommy & daddy mungkin kena jadi badut buatk aksi & sound effect (kapal terbang, ambulan dan macam2 lagi). Sekian.

cocochaneta said...

nini, ini paed khalid yg advice kt eta, dia pesan setiap kali lepas cocok trus bg ubt demam bila sampai rumah tak kira baby demam atau tak. belit tak ayat eta? hehe...baby yg fully bf mmg kuat. boleh geng ngn khalid gak.

cocochaneta said...

oh baru bace semua komen, tak bgs ea bg ubt demam. paed tu tipu lah. huuu

ishamizu said...

Good boy Fahim! Sng jaga ;)

Wah cpt nya nk meniarap..keep it up baby! ;D

Mrs.NZ said...

Kak Zie,

Haha..paham sgt bab jadik badut tu.memang anak blom pernah demam pon dah praktis jadi badut dah.wakaka..

tula,that's what she said. alhamdulillah dia xdemam pun.:) Yeap,nanti nak beli ubat demam siap2 takot lah apa2.Thanks for the advice n tips.really help lots.At least betul la xyah bg ubat demam awal2.

Mrs.NZ said...

Eta,

itula msia ngan UK lain kan..eta pun tau kan masa dok sini dulu.bila dah ada anak ni bab2 anak ni sakit ke,emergency ke kita kena handle sendiri dulu sementara nk wat app ngan GP la.But then thanks again for the info.Sy suka tips2 penjagaan anak ni. :)

Mrs.NZ said...

Ishamizu,

Fahim belum boleh meniarap sendiri lg..parents fahim yg teruja tgk dia mcm diving bila meniarapkan dia.hahaha..

p/s besok bila dah betul2 leh meniarap dan move br mommy dia tau nak kejar.kekeke..

Unknown said...

Aww Fahim comel sangat sangat!! <3

Mijoe said...

camtu la baru boy sejati dan bakal player MU!!! he he he...

Mrs.NZ said...

Ain SSB,

tenkiu :)

ain dah visit baby isaharizs?fahim blom gi tgk lagi kawan comel dia tu. :)


Mijoe,

amboih..terus player MU yek.okla,jersi sepasang dah ada,tunggu la setahun nanti dia sarung.semangat uncle mijoe nak fahim jdkan fan MU ek..

Mijoe said...

opkos la Mummy Fahim, daddy Fahim lagi la nak anak lelaki dia jadi Ramli yg dicari tuh! :p ini kan pulak uncle Mijoe...ha ha