Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, 19 July 2012

Ramadhan 2012 di UK kali ini.....

Bila belek-belek balik post Ramadhan yang lepas, terasa macam kejap bebenor masa ni berjalan.. Sebenarnya ketika ramadhan tahun lepas, saya dan incek suami mendapat berita yang sangat menggembirakan. Ramadhan tahun lepas kami dikurniakan rezeki bakal mendapat cahaya mata yang kami tunggu-tunggu selama ni. *Kata ganti diri 'saya' harus diguna pakai supaya tampak lebih sopan di bulan ramadhan ini*



Kejap je..sekarang dah lahir pun si comel 'tembah' (ayat manja daddy pada Fahim) ni.. Dah 15 minggu/3 bulan lebih pun umurnya. Masih saya ingat hari pertama berpuasa, saya yang waktu tu belum tahu tentang kewujudan si comel dalam perut, mengayuh basikal dari tempat kerja. Sampai di kawasan perumahan sedikit berbukit saya heret je basikal tu. Pastu kayuh balik sampai ke rumah. Masa tu cik Shieela dan emaknya menjadi tetamu di rumah selama 3 hari. Sampai je terus masak untuk berbuka. Habis je masak, saya terlentang tidur kepenatan depan tv dah tak heran kat tetamu yang ada.. Tapi macam pelik nape macam melampau sangat kepenatan dia.. Rupa-rupanya masa tu baru conceived. Hewhewhew...manis sungguh kenangan itew.. ;)



Ramadhan tiba lagi.. Alhamdulillah tahun ni lebih bermakna dengan kehadiran Fahim Zidane. Walaupun waktu puasa saaaangattt paaaaaanjang... -_-" insyaAllah kita cuba sempurnakan juga. Untuk esok, waktu mula puasa/masuk waktu subuh pukul 3.12 pagi dan berbuka/waktu maghrib pukul 9.17 malam. T_T



Esok mula puasa.. Ampun maaf pada semua yang ada tersinggung dengan tulisan saya selama berblogging. Selamat berpuasa! Ramadhan kareem.. insyallah.




14 comments:

lovelywa said...

Selamat Berpuasa Ninie..Salam Ramadhan dari saya sekeluarga..bertabahlah menyambut puasa di bumi UK tuh..heheh

Ninie Hanis said...

lovelywa,

Selamat berpuasa utk awak sekeluarga juga.Eh muka awak familiar lah..hihi.Insyallah akan menabahkan diri ini.huhu.

Masdiq's Family said...

salam nini, selamat berpuasa ramadhan..tahun nie new experience pulakkan berpuasa as mother..nak masak n layan baby fahim lagi :)

mashitah said...

kan..cepat sgt masa berlalu, eta ingt lagi eta kol ninie right after bace entry ninie announce ninie preggi. tergedik-gedik kol sebab hepi pastu nangis sorang2 sebab hepi sgt. heee..hepi ramadhan ninie. sgt kagum dengan ketabahan ninie sebenarnya.

BeRRy MuMMie said...

selamat puasa dear, tabah puasa di nagara org..

Ninie Hanis said...

Masdiq's Family,

salam Ramadhan untuk awak sefamily..semoga murah rezeki ya ramadhan ni utk org biz mcm awak.tetiba teringat shopping raya kt jalan tar..adusss :)

mmg eksaited pun kali ni.new experience! :)

Ninie Hanis said...

Eta,

salam ramadhan eta!aah ninie pun teringat jugak time eta call tu mcm2 kita share.thanks jugak selama ni eta byk kongsi tips.Kagum apalah sangat..hihi,tp nasib baik takde pape ms tu sbb dok kayuh beskal.huhu..

Ninie Hanis said...

Berry Mummie,

salam ramadhan buat awak sekeluarga.thanks..insyallah2!amin..

Rinna said...

Selamat menyambut bulah Ramadan dan selamat berpose yer.. :)

mrs.aAn said...

Salam mommy...

Salam ramadhan. Panjangnya masa pose ko. Make sure minum air lebih sbb ko bf fahim. Org ckp horlick bagus bg susu x kurang. Aku dulu rebus kurma merah n longan. Amek petua org gak la.

Cium kan budak tecikk tu utk aku tau. Fahim!!

Ninie Hanis said...

mrs. aAn,

salam ramadhan gak..mmg panjang beb..aku mmg cuba minum sebanyak mungkin air n horlicks.tapi longan tu idakle jumpa kat sini..mencabar gak posa sini sambil bfeed ni.

Ninie Hanis said...

fiza,

fahim kiss u back! :) kiss to hafiy jugak ok!

Mijoe said...

selamat menunaikan ibadah puasa to daddy fahim, mummy fahim dan fahim ..fahim tak puasa kan..he he he..

semoga amal ibadah diberkatiNya, amin.

ishamizu said...

Slmt bpuasa utk Ninie sekeluarga. :)