Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, 27 September 2012

Fahim's Sleep Training (Part 1)

Salam semua readers.. muncul kembali suara tak berapa merdu si penulis belog suam suam kuku. Ok berhentilah merapu sebab kau tak punya banyak masa. Kejap lagi anak kau bangun kau dah kena jadik badut balik (badut sebab asyik nak buat dia ketawa)! pity tau..


Baek, topik hari ni aku nak share sikit tentang 'baby sleep training' ataupun melatih anak tido di bilik sendiri. Harap maklum bahawasanya topik ini di'request' oleh  blogger Eta's. Bukan aku pandai2 nak kasik tips ye..ni aku cedok kat internet dan insyallah selamat diaplikasikan sebab alhamdulillah Fahim berjaya tido di bilik sendiri sejak usia 5 bulan. Reason paling kuat aku nak pindahkan dia ialah sebab Zaid selalu selsema dan kalau kami batuk or bersin waima k*n*ut sekalipun akan menggangu dia tidur. Lagi satu lantai kat rumah omputeh kan stail papan then bila pijak asyik squeaking..leceh tau kena tip toe tip toe camtuh..


Tapi sebelum berjaya pindahkan dia ke bilik sendiri, terlebih dahulu cabaran melatih dia tidur sendiri. Dinasihatkan letakkan bayi ketika dia masih sedikit sedar (bukan dah tidur) selepas menyusu tu. Supaya tengah malam kalau terjaga dia boleh tidur balik. Tapi ada cerita kelakar sebenarnya..Masa aku cuba2 nak latih Fahim tido sendiri tapi dia takmo tido then stok ngantuk-tahan-mata punya menangis, aku give up pastu aku tinggalkan je dia dalam cot sambil pasang lullaby cot mobile. Aku yang letih dan hampir terlelap kat bilik sebelah (sambil2 tu monitor dengan cot monitor) tiba2 aku rasa suasana dah sunyi..adalah dalam 5 minit camtu. Tengok2 hero dah selamat la la land..alhamdulillah.


Rasa semua sedia maklum kan yang baby tidak digalakkan tidur berasingan bilik dari parents sehingga si bayi mencecah umur 6 bulan kerana dikhuatiri berlakunya Sudden Infant Death Syndrome. Jadi, sebelum aku mengambil langkah tidur berasingan bilik dengan Fahim, aku terlebih dulu merujuk kepada health visitor Fahim yang ketika itu datang visit Fahim kat rumah semasa Fahim 5 bulan. Aku tunjuk dekat dia katil (cot) yang Fahim tidur dan jugak bilik Fahim yang cuma 3 langkah dari pintu bilik aku. Dia berpuas hati cuma mintak aku tanggalkan cot bumper sebab katanya itu bahaya (takut string yang ikat tu terbuka sebab Fahim dah boleh capai benda). Dia jugak advice aku supaya tunggu sampai Fahim 6 bulan baru pindahkan bilik, but after all he's my child..I know him better and what is best for him.


Aku start awal sebulan sebab masa tu dia belum pandai guna taktik nangis lagi kalau nak something. Sekarang...huh! Banyak akal budak neh.. Swing dia pun cuma jadi tempat feeding je sekarang. Dah taknak tidur dalam buai dah, mungkin faktor tak selesa takleh meniarap kot. So dia lebih selesa tido atas tilam atau dalam bilik dia.


Meh aku list steps yang aku ambik dalam proses melatih Fahim tidur di bilik sendiri, might suit you and might not, so terpulanglah ye:

  1. Mula-mula skali kami tetapkan rutin tidur Fahim, pukul 7 malam start dengan bathing, then reading, and lastly feeding. Lepas 3 hari pukul 7 malam je dia dah start ngantuk. Lepas susukan dia, dia dah takleh turun bawah atau masuk ke bilik yang terang (nak setting mood tidur). 
  2. Boleh cuba tidurkan bayi ketika nap time (waktu siang) dulu tapi Fahim start waktu tidur malam sebab dia lebih mengantuk. Kalau Fahim menangis masa mula2 letak tu (lepas menyusu) I don't say a word or even patting him. Sebab Fahim senang terjaga balik so kalau dia nangis tu mungkin dia nak cari mood nak tido. So untuk proses ni aku tak banyak verbal but more to touch.
  3. Fahim tidak didodoi (dengan nyanyian) atau dibuai dalam pelukan untuk tidurkan dia. Hanya sedikit 'shhh..' dan slight patting (tepuk belakang bahu) to wind him. Menyusu juga dalam lampu samar2 atau gelap.
  4. Waktu malam aku akan bangun dan susukan Fahim di atas kerusi 'rocking nursing chair' yang ada dalam bilik itu juga. Lepas susu, wind him then put him back to sleep. Waktu awal2 dulu, Fahim masih awake masa aku letak dia balik atas cot dan lepas dia main kejap sensorang (or babbling) dia akan tidur sendiri. Menyusu pukul 12 malam dan 3 pagi dan proses bangun-breastfeeding-sleep cuma mengambil masa setengah jam.
  5. Untuk mengelakkan kejadian 'SIDS', aku letakkan bantal kecil untuk kepala Fahim, di bawah cadar (belah dalam atas tilam) sebab takut Fahim sondol2 then lemas. Kalau bayi korang takde masalah 'regurgitate' atau muntah susu tak perlu bantal atau untuk tinggikan kepala dia.
  6. Satu gadget yang sangat membantu Fahim tidur sendiri ialah cot mobile dia yang ada projector. Boleh attach kat cot dia dan bila gelap ada gambar cartoon teddy bear dan bintang di atas siling, dan ada lullaby tapi aku slalu pasang nature sound (bunyi unggas, hutan dan air) pada waktu tidur. Tengah malam lepas susu, atau terjaga dari tidur Fahim akan sondol2 kepala dia (sebab tidur meniarap) atau pun tangan dia tertekan button replay then dia tidur balik.
  7. Sebab kat sini cuaca sejuk, aku pakaikan Fahim sleeping bag instead of selimut sebab takut selimut buat dia lemas. Aku juga gantungkan cot mobile atas katil dia supaya dia boleh ralik tengok binatang2 tu selain bagi menarik minat dia untuk tidur di situ.
  8. Setelah tidur berasingan bilik pada waktu malam berjaya, aku cuba bila nap time dia pulak. Tapi taktik yang sangat berjaya ialah bila kami pasangkan blind kaler hitam di belakang langsir putih kat bilik dia. So bila nak tidur aku turunkan blind dan dunia dia dah gelap gelitap so dia pun tido dengan amannya..sambil tu projector tadi pun boleh pasang juga walaupun hari siang.
  9. Dan yang paling PENTING kena ada baby monitor sebab nak pantau kalau dia menangis ke, nak susu ke, meniarap tak betul ke or apa sahajalah. Itu juga bagi kita total peace of mind. Selain tu, room thermometer jugak penting kalau berada di negara 4 musim begini. 



Itu jelah secara detail yang aku boleh ingat. Ia memang mengambil masa, and of course it wasn't easy for me to let him sleep alone, but trust me..it just for a while. Ye daku masih ingat hari pertama itew, diriku dok ulang alik keluar bilik. Kejap check dia sejuk ke panas. Bila meniarap tu leh bernafas ke tidok. hihi..tapi satu malam jelah. Esoknya aku cuma bangun untuk menyusu.


Ni video yang sempat aku rakam pada hari pertama Fahim berjaya tidur di bilik sendiri. Enjoy! :)









8 comments:

Nadine said...

Wah, bravo ninie and Zidane! *clap! *clap!

with determination mmg boleh kan dear ;). Twinnies pun akak dah train tido dlm saperate room since 5 months, bila gap between night feed tu agak lama (sbb kalau tak susah gak nak ulang alik utk breastfeed babies).

Cuma tula, akak takde baby monitor. Pintu bilik baby terbuka n pintu bilik kitaorg terbuka sket. Sebab akak mmg light sleeper. Dgr hek sket je dah terjaga..hihi :)

Now that they are bigger, I love to tiptoe at 2-3am to their room and cuddle them dalam 1-2jam. Bermanja-manjaan. Hihi :D

Ninie Hanis said...

Nadine,

Alhamdulillah,segala effort berjaya jugak.mula2 tak berani & rasa tak trust kat Fahim boleh tido sendiri, tapi dah cuba baru berani lepaskan.

Twinnies pun sama ye?tapi lagi salute kat akak sebab mcm mana lah agaknya kalau dua2 nak bfeed serentak kan?tp akak express ke cane eh?rasa mcm dah baca kat blog dulu..hihi lupa.

kat sini murah gadget2 ni..tak first hand pun,kat ebay je dah leh dapat murah.hai..mesti akak rindu mcm masa diorang baby2 dulu tu yg still tiptoe tu ek? :)

mashitah said...

tq ninie, fahim mmg gud boy, cayalah. eta siap buat note tau. cuma nampk gaya mcm eta je yg tak berani kot. hewhewhew.

Ninie Hanis said...

Eta,

buat note?macam nak exam pulak bunyinya ye..hihi.Ninie dulu pun sama je eta,tak berani langsung. Sampai 1 tahap malam tu,tak melekat langsung kat katil,kejap2 bangun.tensi je si bapak.hewhew.

Rata2 cakap memang mula2 baby akan nangis tapi seminggu camtu dia akan terbiasa.But again,you are the mother,so you know him best kan? ;)
Good Luck!

ishamizu said...

Wah well done Fahim and good job to mommy! Mmg supermommy ok..akk smpi skrg fail la bab2 nk tido separate dgn kids ni hihi zahin kjp je bjaya 5hari tido sendiri bbrp bln yg lalu tp skrg nan ado, samada kt bwh ketiak ummi takpon ketiak babah huhu..

Ninie Hanis said...

Ishamizu,

Sebenarnya 'terpaksa' jugak.sebab fahim ni telinga dia mcm 'telinga lintah'. hahaha!! pantang bunyik lantai dipijak skit dah jaga..kikiki..

Takpe,nanti dah besar sikit pandai la zahin demand nak bilik sendiri tu..akak yg sedey nanti mcm saya mula2 nk lepaskan fahim.huhu..

Ayuni Ayatillah said...

Wow great job! Being a mom really teaches us how to appreciate a good sleep, bila baby dah independent mcm ni dia happy,parents pun happy :)

My sleep training story lagi haru lah mcm ni, sebab lambat start kot, and sebab dah ter-ajar anak bf sampai tido huhu. I was so sleep deprived smpai beli ebook! Heheh..

Nice blog, keep on writing!

Salam perkenalan :)
http://yunayuni.blogspot.com

Ninie Hanis said...

Ayuni Ayatillah,

Alhamdulillah..so far nampak dia boleh ikut.harap2 dia besar nanti boleh disiplin lagi la.maklumla lagi active lagi banyak ragamnya.

Oh yeke..beli ebook mesti lagi byk tips best2 kan?sy try2 ikut basic principles je.kadang2 fell asleep gak time bfeeding. Asal dia mau tido dah. :)

Thanks for your visit.Salam kenal juga.Nanti kita singgah rumah awak. :)