Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday 19 July 2013

Tahun Ke-5 Berbuka Di Perantauan..

Assalamualaikum. Berbuka ape kome? Amboi meriahnye meja macam-macam makanan ade.. Ate....bazar ramdan ade apake lagi ye.. :p


Kalau nak cerita feveret..dulu kalau gi bazar ramadan 2 jenis kuih yang memang top dalam must-eat-list aku. Bulan posa je semangat nak melahap kuih..bulan lain semangat dia biasa-biasa je. Iaitu Kuih Limas (limeh sebutan orang Perak atau nama formalnya  kuih pelita) dan Popia Basah bersalut sos berkacang makcik param kat Bt Gajah tu (spesifik tak?). Peh..cerita je pun kemain kuat berbunyi anak tekak aku telan air liur.
-_-' Another thing fav aku ialah ayam percik. Yang kepak2 tu sedap. Tapi kadang nafsu je tu kan..Kadang beli mahal rasa ke laut china selatan bebenor. Takley belah.


Tahun ni masuk tahun ke-5 bagi aku dan tahun ke-9 bagi zaid berpuasa di UK. Sebagai suami isteri dah 5 tahun lah. Menu hapgred la sikit dari awal-awal kahwin dulu kot. Bahah! Belek balik entry Ramadhan di UK dulu2 nak tergelak baca buat popia goreng sama-sama la..first time buat nasik beriyani la. Haha! Cer tanya sekarang? Memang aku bersilat sorang jelah kat dapo. Al maklumla nini&zaid junior dah ada kang dia pon nak join sekaki jadik masterchep.


Antara menu iftar 2013 so far..

~mee bandung muor

~strawberry frozen yoghurt sandwich

~murtabak daging

~pulut dan rendang ayam

~serimuka

ikan bako

~kari ikan

~nasi tomato dan udang masak merah

notakontot: Resepi terpilih je akan aku buat entry dapur perantau & resepi nanti ye. As a tanda time kasih aku dah try resepi orang kan..



Walaupun tade bazar ramadan kat uk ni,tetapi nafsu nak buka ya rabbi..macam2. Hari kedua sampai hari keempat pulun nak habiskan makanan belen2. Like pulut, rendang, nasi tomato, mee, dah habis kuah mee bandung mee pulak berlebih, buat pulak kuah mee sup. Berlebih lagi. So asik recycle food je. Macam harini lah. Sebab semalam banyak lagi koew teow goreng hari ni kerah otak apa nak buat. Tengok pulak resepi koew teow kungfu. Ermm..macam menarik. Nanti kita goreng la samosa buat tambah kuih. Harap-harap tak berlebih lagi hari ni. Baru ada reason nak pecah rekod.. Rekod nak tutup dapo. Nak berbuka takeway le pulak. :)



8 comments:

cocochaneta said...

Wahhh pejam celik kejap je dh 5 thn kn. Xde bazaar pon Ada kelebihan kan ninie..boleh improve skill memasak. Baru hero2 sayang. He he..

Menu bazaar kite sama.. eta hari2 a yam percik.

Semoga ninie Dan family sentiasa dibawah rahmat Allah. Aminn

ishamizu said...

Wahhh meriahnya menu bbuka puasa dia..;) sini pon recycle jgk lauk2 smlm..maklumla akk ni tak pndi budget utk mkn blima..skali msk mcm nk jamu 10org..keke

Nway, Akk harini buat ayam percik versi phg punye..jmp resepi dlm magazine mingguan wanita..yg akk bwk fr Malaysia..semangat bwk tp tadela try semua lg..hihii bln2 puasa ni la baru teringin nk mkn mcm2 kan...selalu masak biasa2 je..:)



Mrs.NZ said...

Eta,

tulah..sekejap je rasa. rindu jugak kat bazar ramadhan tapi kalau pegi tak suka jugak berlama2 kat situ,mesti nak balik cepat.hihi.

Lauk berbuka pun sempoi je sini..tadelah ayam percik cam awak tu.hihi. Tq..eta! same goes to you.amin..

Mrs.NZ said...

Ishamizu,

Haha..sama eh?Time nak masak nafsu je semua tu. :)

Wah..post gambau and recipe please. Nanti leh try. Samalah kita bawak magazine dari msia, tapi ai punya Majalah Rasa Edisi Ramadhan.dok ada dlm stor sbb pindah aritu. :p

Nadine said...

Menariknya food yg ninie masak! lagi menarik dari pasar ramadhan kot!

share lah recipe!! :D

hehehe..akak dah 3 thn tak pegi pasar ramadhan. sebab malas. tgk kereta beratur tepi jalan panjang berjela je dah malas. heeee :D

Mrs.NZ said...

Nadine,

Tq, recipe biasa2 je.InsyaAllah nanti kita share. sebab mmg nak letak kat blog supaya bleh jadi rujukan in future. :)

aah..kalau saya pon pegi beli2 pastu balik kot.taak suka merayau patah balik 2x.fenat..

Rinna said...

Waahh meriah jugak juadah berbukanyaa dia.. sedap2.. :)

Mrs.NZ said...

Maksu,

Alhamdulillah,nak bagi hilang teringin tekak je.hihi.Maksu kat sana mesti sedap2 berbuka ni..hihi.