Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, 7 May 2014

Makan Nasi Minyak Kenduri Kahwin di UK.

Sape kahwin? Haa...kelas tau kitorg kat sini dapat invitation ke majlis resepsi pasangan pengantin yang juga anak Ustaz Daud dan Hjh Hamidah di Leeds. Teruja sangat sebab first time ni attend kenduri kawin di perantauan.. Teruja sangat sampai tersilap hari..hahaha!!! Ingatkan hari Sabtu rupa-rupanya hari Ahad. Tapi takpelah biarlah cerita kelakar tu tersimpan dalam memori je..hewhewhew!!

Berbalik pada cerita kenduri ni, Ustaz Daud dan isterinya yang kami panggil aunty Midah/Kak Midah ni pernah aku cerita kat blog ni diorang kawan kepada pakcik dan makcik aku. Been introduced to them since we moved to Bradford last year. Ust Daud dan aunty Midah mmg dikenali kat Leeds memandangkan sudah menetap lama di sini. Jadi masa kami sampai tu, tak hairanlah ramai tetamu yang hadir. Students dekat Leeds Uni saje dah berapa orang..kami warga RUMPUN (Msian community di Bradford) turut dijemput. Bukan Malaysian je, mat saleh british dan lain2 nationalities pun hado..rata2 teruja datang sebab first time menghadiri majlis kawin di oversea (termasuklah yang tgh menaip ni)..

Sesampai je kat depan rumah dah ada khemah kecil ada diletakkan guest book dan tetamu leh rasa ais cendol kat situ..tapi kitorg tak sempat rasa. Lepas menyapa tuan rumah, kami ke backyard di mana terletaknya khemah makan beradap pengantin dan buffet untuk tetamu. Ada meja dan kerusi..Cuaca pun angin sepoi2 je..Aku gi beratur ambik makanan, Zaid pulak dukung Fahim gi cari tempat. Ada nasi minyak, nasi putih, lauk kambing (tak pasti dalca ke kari), ayam masak merah, nasi impit, lodeh, kuah kacang, puding jagung, rendang daging, wajik, kuih muih dan jugak kek pengantin yang sedap berkrim. Hihi.. 

-Aunty Midah (ibu pengantin lelaki)..kek pengantin tu sedap tau!

-sebahagian drp wanita2 RUMPUN Bradford..

Masa kat majlis tu aku dah nampak brother Nazali Noor (penulis buku ULU YAM DI LIVERPOOL). Tapi segan nak tegur la kan..tapi aku sempat salam dengan kak Ain isteri beliau. Aku cakap takde rezeki jugak nak berkenalan dengan beliau. Aku ngan zaid memang pemalu, hahaha!! Dari zaman terserempak diorang meniaga kat Manchester Game, shopping di Cheshire Oaks sampailah dah depan mata pun tade kekuatan nak tegur. Huhu!!

Lepas pulang dari majlis, aku contact sorang kakak ni (kak Shidah) sebab nak collect kotak untuk shipping ke Msia. Dia duduk berdekatan je. Sesampai je depan rumah Kak Shidah, kitorg nampak bro Nazali sefamily masuk rumah dia. Ehh..jeng..jeng..kami turut dijemput masuk minum2 kopi..Ya Allah macam tak percaya je dapat berkenalan dan minum2 petang sekali dengan bro Nazali dan Kak Ain. Kawan diorang Ustaz Ramli dan Kak Ros pun ada. Si Fahim pun dapatlah main dengan Awwab si bongsu abg Naz dan Kak Ain. Inilah yang dinamakan rezeki Allah. Dalam dok kecewa tak dapat berkenalan dengan Nazali Noor last2 rezeki lebih baik Allah bagi. Kami berborak dan gelak tak berhenti sebab abg Anuar dan abg Naz tu kelakar orangnya..Pukul 6 lebih kami pun minta diri dan jemput diorang singgah Bradford kalau turun Leeds lagi.

notakontot: dalam perjalanan pulang hati menyesal sebab tade gambar pun dengan diorang. Tulah sape suruh pemalu sangat!!!



P.s sumber dari coretan Nazali Noor di facebook, kenduri kahwin tu dimaklumkan oleh aunty Midah cuma menelan belanja £1500 sahaja (RM8500). Sungguh...kami terasa kemeriahannya. Mungkin inilah dikatakan keberkatan. Wallahualam..







13 comments:

my name is ivana said...

Akak,
Meriah nya kenduri kat perantauan.. :)
Meriah juga lauk2 ..yummmy!?

Anyway, sy pun da ada buku abg nazali..
Menangis2 baca.. Hehehe
Tp buku beliau memang terbaik

ishamizu said...

Klu akk pon sure teruja nk gi kenduri kawen org kita ni sbb meriahkan! Hihi

Nway best eh ninie novel ulu yam di liverpool? Mcm nk belilah nti hihi

Norma NML said...

mcm best jer..akak pun baca buku tu UYDL...sob2...

Mrs.NZ said...

Ivana,

Mmg lauk pauk sedap..puas mkn. :)

Aah..mata kita pun asik masuk habuk je baca buku tu. Hahaha!!

Mrs.NZ said...

Ishamizu,

Hat teruja tu mmg betoi..sampai tersilap hari..huhu!

Ninie pun bli kat sini je. Order thru fb abg Naz je. £12 termasuk postage xsilap. Tp dia dh nak kuar yg UYDL2 dah.

P.s tak sabar nk tggu jadi ke tak film UYDL nak masuk panggung by Afdlin Shauki..

Mrs.NZ said...

Norma NML,

Akak pun baca? Best kan? Saya teruja nk tggu film UYDL jugak. Hrp2 se'best' novel nya..

Unknown said...

Mana nak beli buku tu ninie? Ala masa ninie tulis lauk pauk tu terus automatik tertelan air lio. hahahah sabo je la mak buyung ni. kang ada jugak gi menggulai kawah jap lagi.

Mrs.NZ said...

Farah,

Ninie beli direct dgn penulis UYDL ni sendiri. Ninie rasa fb dia dah penuh (NAZALI NOOR). Tapi tak silap dia ada fb page so org boleh likes. Cuba cari kt fb Branded Bargain UK. Itu fb page dan boleh pm kt situ utk order kot.

Diorang jugak buat B&B, dan charity menerusi jualan jersey,tshirt etc Liverpool FC. So BBUK tu biz diorang diuruskan kak Ain.

Mrs.NZ said...

Farah,

Oh lupa nak komen balik psl makanan tu..ya ampun jgn la terlior sgt. Kang penat nak masak. Nasib tade gambo lauk pauk ketidak naya!!! Hahaha!!

nurbijen said...

Huwaa, jelly kita tau... dapat jugak ninie borak dgn abg Naz dan kak Ain....
saya pun pemalu jugak, jangan harap nak tegur orang kalau orang tak tegur kita dulu... hhihi, bukan sombong tapi mmg pemalu yg amat...

Mijoe said...

murahnye kos kenduri kawin kat sana!!! kalau kat msia tuh baru lepas catering je tu kot...

hmm..mommy, tade gambo Fahim kan? :p

salam utk Zaid!

Mrs.NZ said...

Kak Nur,

Aww..sila jelly..mihmih..mcm jumpa retis pulak. Kihkih..tp tula rezeki tidak disangka.

Aah sekapal la kita ni. Malu yg amat tp klu dah tegur potpet2 tak malu pong.

Mrs.NZ said...

Mijoe,

Kan....murah kot! Mmg klu kat msia br lepas catering. Even masak gotong royong kampung pun tak lari 6, 7 ribu.

Gambo fahim? Bukan taknak ambik gambo tp budak ni sibuk main ngn kawan2 dia,maklumla jarang jumpa. Nnti next entry ye. Tunggu..

Salam to aunty Malin jugak.