Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, 29 July 2014

Salam Aidilfitri 2014 Daripada Kami Perantau di UK.

Sapu lekaih...habuk banyak..tudia bersawang-sawang belog ai..haha!! Ampunkan daku wahai pengunjung tegar (eh ada ke?). I admit, ada satu masa terpikir macam nak tutup ini belog. Tapi macam sayang je, macam comel je..macam cantik je.. Mana tak sayang..belog ni banyak simpan kenangan dan khazanah memori dari 2009 lagi. So bila orang dah hint-hint sambil perli blog ni wujud ke lagi haruslah ai bagi alasan paling konkrit kan.. Apakah alasan itew? Jeng..jeng..jeng..saspen dulu bagi hati pembaca kurang sabar dulu. Meh kita beraya dulu..

-anak sapa la ni nak konker gambo sorang2..ish..ish..

-paling beria sebut 'Peace' itulah anak saya. Hehe..

-juadah di rumah Dr. Azman dan Kak Fauziah.

Hari raya pertama semalam kami dapat 2 undangan open house rumah Dell & Hairul dan Dr. Azman & kak Fauziah. Rumah pertama kami dijamu nasi hujan panas, ayam masak merah, sate, kuah kacang, roti jala, kari ayam, dan ada spesel desert. Tapai pulut my fav!!! Sayang sungguh hanya mampu memandang tapai itu. Why meh? Haa nanti ceq cerita...saspen2..

Rumah kedua kat dalam gambar atas ni lah juadah ya. Lodeh, sambal goreng jawa, nasi impit. Oi 2 round mak hencik tambah..ada pulut durian juga ye. Sedap2 juadah kedua2 rumah. Terima kasih kerana menjemput. Gendang gendut tali kecapi kami semua.

Okay...tibalah saat yang ditunggu-tunggu. Pengumuman rasmi alasan yang sangat konkrit mengapa blog ini sepi. Sebabnya...


....Abang Fahim Zidane bakal dapat adik. Jadi mommy nye sedang melalui fasa kemual-mualan dan mabuk bukan kerana brandy. Sebab tu takleh makan tapai..panas katanya. Rezeki Ramadhan 2014 mengimbau kenangan rezeki ramadhan 2011 dulu. Alhamdulillah, minggu ni sudah genap 3 bulan. Insyallah Khamis ni nak dating sama si adik (12 weeks scan). Doakan adik dan mommy sihat2 aja ya. Tq.


And there is another news too (sila saspen lagi..).


Kami bakal merindui keluarga besar kami di Bradford ini...



Kerana apa? Kerana..tak lama lagi kami akan berpindah ke Bedfordshire. Zaid dapat keje baru di Luton. Another hijrah for us. Semoga baik2 aja kehidupan kami di sana. Walaupun tak sampai setahun di Bradford ni, tapi ukhuwah silaturrahim yang terjalin antara kami sangat kuat. Nanti datanglah visit kami di Bedford alang2 ke London tu ye.


Sekian sajelah coretan raya serta saspen yang tak seram dari saya. Dengan rendah hati saya mohon ampun dan maaf pada kaum keluarga di Malaysia, kawan2 dan jika sepanjang coretan di blog ini ada mengguris hati mana2 pembaca. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin daripada kami sekeluarga.





12 comments:

nurbijen said...

Akhirnya dah dapat login blogspot dan tulis entry...
Sedih pula bila mengenangkan ninie bakal meninggalkan kami di sini... Insya Allah, moga ikatan ukhwah terus terjalin..

cocochaneta said...

Salam ninie...hapdet pon blog..rindunye...tahniah ninie, double rezeki masyaallah, tahniah tau.

PS: eta mmg ade mimpi ninie pregnant pon, nak bagitau ninie asyik x sempat je. He he..12weeks, due February la kan. Tahniah

Mrs.NZ said...

Kak nur,

Akhirnya....haha..setelah byk hint2 dari pembaca tegar. Pesen ngandung kalau nak log in je mual. Haha kelakar.

Mmg sedih kak nur. Satu2nya yg kami akan rindu ttg Bradford ialah keluarga besar kita ni. Even neighbours pun baik sampai bertukar2 juadah semua. Tak pernah kot sebelum ni.. Nnti visit kami naa kat Bedford.

Mrs.NZ said...

Eta,

Rindu ke? Hihi..insyallah kalau ada cerita nak terus update blog ni. Sblm ni atas faktor kesihatan yg xberapa best mmg malas nak update.

Alhamdulillah rezeki Ramadhan lagi. Tenkiu Eta. Amboi sampai mimpi ninie no.. Aah due Feb tapi xsure exact date nnti time scan esok ninie akan tau kot. :)

Mijoe said...

Salam Aidilfitri untuk Daddy and Mommy 'Abang' Fahim dan jugak Abang Fahim, serta 'adik' dari uncle and aunty M kat KL!

Congrats untuk semua... :) Alhamdulillah...syukur, semoga lebih murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yg baik utk semua, specially mommy dan adik. Uncle harap adik itu gegirl la...Amin :p

ni yang buat x sabar nak gi ziarah ni!

honestly, uncle Mijoe mmg dah agak yg alasan yg first tuh sejak dari mommy cakap ada nak buat announcement aritu...he he. Alasan ke 2 tu je yg uncle mijoe tak sempat nak digest. he he..

nenek Abg Fahim fly 3hb kan? :)

Mrs.NZ said...

Salam Aidilfitri juga buat uncle & aunty M Fahim Zidane ni. Masih cuti raya ke?

Tq..tq..ameen. Asal sihat dah syukur alhamdulillah. Kalau gegirl itu bonus lah.

Hehe dah agak ke? Amvoi..haaa..meh la visit kitorg di tempat baru nnti tau. Rumah kitorg dkt sgt dgn train station direct line dari London. 40 mins saje.

Nenek fly 2/8 dari Msia. Time xingat. Sampai UK 3/8 ahad. Dia naik MAS. Tak sabar fahim nak jumpa nenek dia.

ishamizu said...

Aslmkm Ninie.

Congrats! Pregnant rupanya masya Allah..rezeki sguh..alhamdulillah n tabarakallah..bestla Fahim nti ada adik, hopefully it's a girl..amin! Take care k..;)

Unknown said...

Ninie,

Haaaa ninie ni nak kena ni. Aritu kan farah komen kat insta dia tak ngaku. hahahha. siap nak pass2 baton laggiiii... tahniah tahniah. Seronoknya nak dapat baby kan. Bedford tu tang mana? hahaha Insyaallah nanti kita jumpa k jika ada rezeki. Tadi petang jumpa Eta kat open hse pastu dia cakap ninie ngandung. Kebetulan dua tiga hari ni tingat kat si dell ngan ninie... Ingat nak gi Bradford nuh berhari raya tapi apakan daya asyik false contraction aje dua tiga menjak ni... take care ninie!

Mrs.NZ said...

Uncle mijoe,

Nenek fly on 3/8 sorry silap date. Alhamdulillah dah on board. Ptg karang nak ambik dia. :)

Mrs.NZ said...

Ishamizu,

Terima kasih kak Izu, amin..

Nervous juga fikirkan nanti bersalin 2nd time. Takpe kita tgk pengalaman pn Farah dr Manchester nnti hihi.

Mrs.NZ said...

Farah,

Hihihi..ampunkan saya penunggu gua..eh..hihi.yelah taknak potong stim excited awak nak dpt baby xlama lagi tu. Lgpun awal lg masa tu. Hihi. Oh farah tau dari eta la ye. Hihi. Eta pun lepas baca blog ninie ni.

Ninie minggu ni gi London nak ambik mak zaid di heathrow. Kami pindah 18/8 ni ke Bedford. 40mins Bedford-London klu dgn train. Heathrow sejam. Meh la dtg klu ke London ye.

haniza said...

tahniah ninie.. happynye.. :) semoga selamat semuanya amin.. :)