Us..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Sunday, 14 August 2011

Menu Iftar Di Perantauan 2011


Nasi oren, ayam tomato ros dan salad


Masuk hari ni dah 14 hari kita berpuasa kan? Dah sampai ke separuh bulan Ramadhan. Macam mana pengalaman berpuasa korang tahun ni? Aku baca blog sorang ke sorang ada yang berpuasa pertama kali sebagai isteri, ada yang pertama kali sebagai ibu, ada yang berbuka bersama keluarga tercinta, dan ada yang update menu berbuka. Wah..dasat tau. Hehe.. Apa pun pengalaman masing-masing, kita tetap bersyukur kita masih diberi peluang menikmati Ramadhan tahun ni kan?


Teringat entry Ramadhan pertama aku dulu-dulu. Rajin gak update masa tu. Tiap-tiap minggu nak mencuba resepi baru. Hahaha! Masa tu first time berpuasa as husband & wife kat oversea. Meja makan pun untuk 2 org je. Kekeke... Rajin pulak tu nak buat kuih raya bagai..haish semangat. Tahun lepas langsung takde kuih raya, sebab keje. Tapi tahun ni ingat nak ambik cuti raya pastu nak buat kuih raya.. Dah ada dah biskut raya pilihan tahun ni :)


Tahun ni, menu berbuka kami agak variety dan resepi baru jugak. Minggu ni aku dah masak:

Tomyam putih ala thai ayam & sayur campur (first time buat tomyam putih, selalu oren)
Telur bungkus
Nasi Oren
Ayam Tomato Ros
Lepat pisang (jadi tapi tak macam makcik yang jual kat gerai punya)
Seri muka (santan takde ganti susu cair so hasil tak jadi sangat)
Puding jagung (bolehlah)
Salad


Proses me'lepat' pisang..





Kitorang terjumpa daun pisang masa shopping kat kedai cina kat Stoke. Terus teringat nak buat nasi lemak. Tapi tak terbuat lagi. Mungkin esok.. Camnilah nasib perantau macam kitorang. Teringin nak makan macam-macam tapi takde bazar ramadhan..kenalah buat sendiri. Sedih tak? Sedih kan? Sila bersimpati sekarang. :p


Ramadhan kali ni aku rasa sangat bermakna buat aku dan zaid. Banyak cerita nak dikongsi tapi masa tu terhad, balik keje dah letih, masak lagi. So tunggu aku update next time lah ye. Till now, selamat berbuka puasa korang!

13 comments:

bdk2 a.k.a John said...

oke....sgt2 bersimpati. bertabah la ye...anyway, nasi oren tu cmne? letak sunquick ke? kekekek

selamat berpuasa!

mashitah said...

ninie cpt update yg sgt bermakna tu tau. cant wait!

ishamizu said...

Sob3 mmg sedih. Kita sekapal la kn ninie..at least apa yg ninie tingin dpt jg ninie buat. Rajin betul dik non buat itu ini tus ESP lepat pisang tu la! Sng je eh buat dia? Akk tak pnh buat lg padahal suka sgt..:(

Okla take care! Keep us posted when u're free k!;)

mommaholicSURI said...

Sebab xde choice lah , sapa-sapa yg duduk diperantauan dari xreti atau malas masak.. terus jadi reti dan rajin kan? Waaa bagusnya!! Cuma kat Malaysia, mak ade kat rumah, naik keta gi Bazaar Ramadhan, confirm x berapa rajin jadiknya.. hihihiih :)

I dah 7 hari x makan nasik :( x sabar nak balik!!!

Ain SSB said...

Woahh lepat pisang sedappp! hehe. Selamat berpuasa Kak Ninie & Abg Zaid! :)

Mijoe said...

nasi oren? macam best je... :)

jgn le sedih2, nama pun di perantauan kan? dugaan dan cabaran tuh ninie!

saya pong tak pergi Bazir Ramadhan lagi... :)

Nadine said...

Terliurnya tgk! Mmg tabik kat org diperantauan....dek kerana teringin, semua boleh buat wpun tak cukup bahan ke, x pernah buat ke. jadik je kan. cuba la kita yang ade semua kemudahan ni buat..ade je slack nye kalau first time :)

Ninie Hanis said...

bdk2,

ye,sgt bertabah.hehe..aah bubuh sanquick oren sikit.pandai kamu.. :p



eta,

sabo2..entry tu kena ambik masa sikit.surprise!

Ninie Hanis said...

ishamizu,

sekapal la kita kan..hehe.tapi bukan semua dapat buat.yg mudah2 je..kat sini skrg santan dh susah dpt pulak.dulu ada yg serbuk Maggi punya.haishhh...


kak nurill,

dah tercampak nak tak nak paksa jugak lah demi tekak yang teringin.hihi..7 hari away?mesti rindu nasik kan.ninie kalau holiday rindu nasik,tp duduk umah taklah rindu nasik pon.kekeke

p/s kuih kat bazar ramadhan skrg mahal eh?

Ninie Hanis said...

ain ssb,

teringat dulu2 suka bepeks lepat pisang tp yg keras sikit.ni terbuat lembik sikit.pastu suka lepat liat.


mijoe,

sedap jugaklah,hehe..mkn dgn ayam masak merah lagi sedap.

tak pegi bazar lagi?kuih muih skrg dah naik harga eh?

Ninie Hanis said...

nadine,

kalau i kat malaysia pun blom tentu nak buat.hehe..sbb banyak je jual kan.kalau kat UK ni ada jual dh lama dah beli.takde nya susah2..kekeke

ayu said...

ehem..ninie..good news ye? ;) happy for u..take care ye...*hugs*

Ninie Hanis said...

ayu,

HUGS!!!! :)