Recipe as requested by Haniza Yazid.
kredit to http://dapur-mamasya.blogspot.co.uk/2013/02/nasi-minyak-hujan-panas-rendang-hitam.html
Bahan-bahan ( 5 orang )
4 cawan beras basmati
5 cawan air - letak lebih air sesuaikan dg beras
2 kiub ayam - letak 1 sj
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau
[bahan tumis]
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi- letak 1 1/2 sb
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
[bahan hias]
bawang goreng , kismis
Cara-cara
Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
Masukkan beras dan gaul rata.
Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
Masaklah nasi sehingga masak
Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka
6 comments:
Aisyah panggil nasi hujan panas ni rainbow rice.... pepandai jer beri nama sendiri... hihihi
Kak Nur,
iyelah tu..kalau dapat 7 kaler baru best ye tak?hihi
macam nasi minyak teganu je. =)
Eta,
Agaknya lah tu..sbb org pantai timur banyak buat nasi hujan panas. :)
Wah! Terima kasih ninie. :D nanti nak try buatla.. :) TQ2...
Niza,
haa..try jgn tak try tau. :)
Post a Comment